Indeks Harga Produk Tenusu New Zealand Naik 3.5%

86

Data terbaru Indeks harga Global Dairy Trade (GDT price index) merekodkan 3.50% peningkatan berbanding 4.50% data sebelum ini. Harga keseluruhan susu tepung (Whole Milk Powder) naik 4.90%.

Data ini adalah sama seperti data consumer price index (CPI). Perbezaannya ialah Indeks GDT hanya mengira perubahan harga produk-produk tenusu.

Peningkatan ini adalah kenaikan keempat dan merupakan paras tertinggi sejak 29 bulan lepas. Negara ini banyak bergantung kepada eksport produk tenusu dalam perdagangan antarabangsa yang mencatatkan 19% daripada keseluruhan eksportnya.

Untuk rekod New Zealand adalah pengeluar kelapan terbesar produk tenusu dunia. Disebabkan kebergantungan yang agak tinggi dalam produk tenusu, sebarang berita-berita negatif yang melibatkan pengeluaran produk tenusu akan memberi kesan kepada ekonomi New Zealand.

Terdapat jangkaan pengeluaran yang rendah dalam jangka masa pendek dengan keluaran menyusut dari Kesatuan Eropah dan Australia. Keluaran dari New Zealand juga berkurangan disebabkan oleh cuaca yang sangat lembap dan juga sedikit kerosakan semasa gempa bumi bulan lepas. Permintaan masih kukuh dari China dan Fonterra meramalkan harga berada di paras NZ$6/kgMS pada musim semasa.

Dalam laporan kestabilan kewangan sebelum ini RBNZ menyatakan, peningkatan harga sejak beberapa bulan lepas sepatutnya telah menguntungkan sektor ini semula. Walau bagaimanapun, peningkatan hutang yang tinggi yang bermula sejak dua tahun lepas menjadikan sektor ini mungkin berhadapan dengan kejutan di masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat