Indeks Harga Produk Tenusu New Zealand Susut 0.50%, Dijangka Melonjak Semula pada 2017

66

Data terbaru Indeks harga Global Dairy Trade (GDT price index) merekodkan kejatuhan 0.50% berbanding peningkatan 3.50% data sebelum ini. Harga keseluruhan susu tepung (Whole Milk Powder) susut 0.80%.

Data ini adalah sama seperti data consumer price index (CPI). Perbezaannya ialah Indeks GDT hanya mengira perubahan harga produk-produk tenusu.

Ini adalah kejatuhan pertama sejak awal bulan Oktober lepas yang diikuti empat kali peningkatan berturut-turut. Harga secara keseluruhannya masih lagi hampir dengan paras tertinggi sejak Julai 2014.

Terdapat kejatuhan dalam pengaluaran produk tenusu New Zealand pada November dengan 4.5% kejatuhan dari segi tahunan berikutan faktor cuaca yang masih memberi impak kepada pengeluaran.

Kejatuhan dalam pengeluaran ini akan terus memberi tekanan kepada harga dalam jangka pendek dan dijangka industri tenusu di New Zealand ini akan melonjak semula pada 2017. Sektor tenusu ini pula akan menyokong ekonomi pada 2017 dengan peningkatan pendapatan di luar bandar.

Untuk rekod New Zealand adalah pengeluar kelapan terbesar produk tenusu dunia. Disebabkan kebergantungan yang agak tinggi dalam produk tenusu, sebarang berita-berita negatif yang melibatkan pengeluaran produk tenusu akan memberi kesan kepada ekonomi New Zealand.

Dolar New Zealand tidak memberi respon yang signifikan dengan Nzd/Usd terus didagangkan di bawah 0.6900 berikutan penguatan US dolar yang masih mendominasi pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat