Indeks Inflasi CPI A.S Mencatat Peningkatan Terbesar Dalam Tempoh 7 Bulan Pada Bulan Oktober!

239

Harga pengguna Amerika Syarikat melonjak naik melebihi jangkaan pada bulan Oktober berserta dengan peningkatan inflasi teras. Dalam masa yang sama A.S masih dihimpit dengan isu ketegangan perdagangan dan kekhuatiran berhadapan dengan kegawatan ekonomi.

Jabatan Buruh mengeluarkan laporan pada hari Rabu bahawa Indeks Harga Pengguna meningkat sebanyak 0.4% pada bulan lepas berikutan sektor isi rumah membayar lebih banyak untuk produk tenaga, kesihatan, makanan dan beberapa jenis barangan. Peningkatan yang dicatat pada bulan Oktober merupakan peningkatan terbesar sejak bulan Mac.

Dalam tempoh 12, bacaan CPI telah mencatat peningkatan 1.8% setahun selepas melonjak keparas 1.7% pada bulan September.Bacaan yang dicatat pada bulan Oktober melebihi sasaran para pakar ekonomi yang menjangkakan peningkatan CPI sebanyak 0.3% pada bulan Oktober dan meningkat sebanyak 1.7% setahun.

Disisi lain, CPI teras mencatat peningkatan sebanyak 0.2% pada bulan Oktober, naik 0.1% berbanding bulan September. Dalam tempoh setahun, CPI teras berjaya meningkat kepada 2.3% setahun pada bulan Oktober.

Pada bulan lepas, bank pusat Amerika Syarikat telah mengurangkan kadar faedah buat kali ketiga pada tahun ini dan memberi tanda-tanda bahawa pelonggaran monetari ini akan diberhentikan buat sementara waktu.

Walaupun hubungan perdagangan AS-China masih menjadi tumpuan pasaran, namun ketegangan perdagangan AS-China telah sedikit berkurangan berbanding bulan lepas apabila Trump telah mengatakan pada hari Selasa bahawa Washington semakin hampir dalam menandatangani perjanjian fasa pertama dengan Beijing. Walaubagaimanapun, prospek terhadap perjanjian perdagangan masih kabur kerana Trump turut mengkritik China dan mengugut akan mengenakan lebih banyak tarif ke atas negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat