Indeks Keyakinan Pengguna US Semakin Mengukuh Bulan Ini

56

Data Indeks keyakinan pengguna Universty of Michigan meningkat ke paras 98.0 pada Disember. Pasaran menjangkakan indeks ini berada di paras 94.3 dari 93.8 yang dicatatkan pada November.

Ini adalah bacaan tertinggi sejak Julai lepas yang juga di atas jangkaan 94.3 penganalisis. Data ini adalah hasil tinjauan oleh Universiti Michigan ke atas 500 orang pengguna bagi mendapatkan pendapat mereka tentang tahap ekonomi pada masa ini dan jangkaan mereka di masa hadapan. Data ini dikelurakan setiap pertengahan bulan yang mewakili bacaan pada bulan tersebut.

Indeks keadaan semasa pula menguat ke paras 112.1 dari 107.3  sebelum ini dengan 3.7% peningkatan tahunan. Indeks jangkaan pengguna naik kepada 88.9 dari 85.2.

Tren dalam keyakinan pengguna adalah penting kepada implikasi tren jangka pendek dalam jualan runcit. Rizab Persekutuan (Federal Reserve) akan meneliti situasi ini sebagai isyarat pengukuhan dalam perbelanjaan.

Indeks jangkaan inflasi menyusut ke paras 2.3% dari 2.4% bulan lalu.

Jangkaan inflasi akan menjadi lebih penting daripada keseluruhan data. Federal Reserve ketika ini akan menumpukan kepada kejatuhan jangkaan inflasi. Kejatuhan berterusan akan menyukarkan The Fed untuk menaikkan kadar dalam jangka masa sederhana.

Kesimpulannya, peningkatan yang signifikan akan melonjakkan keyakinan bahawa sasaran inflasi akan dapat ducapai. Peningkatan dalam jangkaan inflasi akan memudahkan The Fed untuk menaikkan kadar. Data yang begitu baik ini menguatkan US dolar dengan Eur/Usd mencapai support di bawah paras 1.0550

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat