Indeks Komposit PMI Zon-Eropah Jatuh Ke Paras Terendah Enam-Bulan

30

Indeks PMI sektor pembuatan yang dikeluarkan oleh Markit jatuh kepada 56.8 pada Julai daripada 56.8 sebelum ini. Bacaan kali ini berada di bawah jangkaan 57.3 dan merupakan paras terendah sejak tiga bulan lalu.

Bacaan indeks dalam sektor-perkhidmatan pula tidak berubah dari 55.4 pada Julai dan kurang daripada jangkaan pasaran 55.5.

Indeks komposit pengeluaran merosot ke paras terendah enam-bulan lalu kepada 55.8 pada tempoh sama berbanding  56.3 yang dicatat pada bulan sebelum itu.

Apabila dilihat kepada komponen-komponen dalam indeks ini, komponen tempahan semakin perlahan dan sebaliknya kepada tempahan eksport barangan pembuatan yang mengukuh berikutan peningkatan eksport.

Kadar penghasilan pekerjaan kukuh pada tempoh sama, khususnya dalam sektor pembuatan.

Walaupun terdapat tekanan kepada kenaikan kos input, kadar pertumbuhan keseluruhan adalah yang terendah sejak November 2016. Terdapat juga kadar yang semakin perlahan dalam harga keluaran yang semakin perlahan sejak Januari.

Peningkatan dalam komponen pekerjaan dijangka akan melonjakkan keyakinan kepada ekonomi semasa dan pertumbuhan yang perlahan adalah disebabkan penawaran yang kurang daripada permintaan. Dalam konteks ini, pertumbuhan keseluruhan sepatutnya kekal kukuh dalam jangka pendek.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat