Indeks Pembuatan PMI Zon Eropah Mencapai Paras Tertinggi Dalam Tempoh 2 Dekad Pada Disember

58

Zon eropah mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan dalam sektor pembuatan bagi akhir tahun 2017.

Bacaan PMI bagi zon eropah meningkat ke paras bacaan 60.6 pada bula Disember. Bacaan tersebut merupakan bacaan terbaik sejak tahun 1997. Indeks tersebuT meningkat 0.5 mata berbanding bulan November yang mencatat bacaan 60.1.

Peningkatan indeks PMI didorong oleh sektor pelaburan yang kukuh. Bacaan ini juga memberi gambaran bahawa ekonomi berkembang dengan baik. Menurut pakar eknomi di IHS Markit, tempahan dan permintan akan terus meningkat pada awal tahun ini dan akan mendorong peningkatan dalam pengeluaran.

Indeks pembuatan Sepanyol juga mencatat rekod yang tinggi iaitu pada bacaan tertinggi dalam 11 tahun. Indeks PMI Sepanyol ialah 55.8, sedikit jatuh daripada bacaan bulan November.

Di Jerman, indeks PMI juga kukuh pada bulan Disember. Bacaan 60.6 pada bulan Disember ini didorong oleh peningkatan permintaan dariapdan negara luar.

Bacaan indeks PMI Perancis, sedikit jatuh daripada bulan sebelumnya, apabila mencatat bacaan 58.8 pada bulan Disember. Namun bacaan ini masih kukuh.

Indeks PMI merupakan salah satu indikator untuk mengukur pertumbuhan ekonomi sesuatu negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat