‘Indeks Philly Fed Sektor Pembuatan’ US Di Paras Tertinggi 24 Bulan Lepas

42

Indeks sektor pembuatan US (Philly Fed Manufacturing Index), naik  ke paras 23.6 pada Januari dari bacaan Disember 19.7 yang telah dikaji semula dari bacaan asal 21.5. Bacaan terbaru ini lebih dari jangkaan pasaran iaitu 16.5, dan merupakan yang tertinggi sejak November 2014.

Indeks ini dipecahkan kepada beberapa komponen seperti dibawah:

  1. Indeks tempahan baru: Naik dari 14.9 kepada 26.0
  2. Indeks penghantaran: Turun dari 21.7 kepada 20.5
  3. Tempahan belum diisi: Naik dari 3.6 kepada 10.7
  4. Masa penghantaran: Tidak berubah dari 5.4
  5. Indeks Inventori: Naik dari 1.3 kepada 18.9
  6. Indeks Harga: Naik dari 28.1 kepada 32.5
  7. Indeks pekerja: Naik dari 3.6 kepada 12.8

Selain itu, terdapat juga peningkatan berterusan dalam indeks jangkaan enam bulan ke hadapan, dari 48.7 kepada 56.6 yang juga merupakan bacaan tertinggi sejak Ogos 2014.

Data secara keseluruhan, mengekalkan keyakinan dalam sektor ini dan komponen harga juga akan menjadi fokus khususnya kenaikan inflasi dalam data yang dikeluarkan awal minggu ini.

Tekanan kepada kenaikan harga pula akan terus memberi tekanan kepada Federal Reserve untuk mengetatkan polisi monetari pada separuh masa pertama tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat