Indeks PMI Caixin China Mencapai Paras Lima Bulan Tertinggi

66

Sektor Perkilangan China berkembang pesat pada bulan Julai. Hal ini di sokong dengan data indeks PMI bagi syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana (SME) hari ini.

Indeks PMI (Purchasing Manager’s Index) Caixin di buat berdasarkan kaji selidik 400 buat syarikat SME. Laporan Indeks bagi bulan Julai berada pada kadar 51.1,  melebih jangkaan 50.1 dan 50.4 pada bulan lepas.

Tanda aras untuk menentukan keadaan ekonomi semasa yang positif melalui PMI adalah 50 dan keatas. Perkilangan Caixin di lihat berkembang dengan maju pada bulan Jun. Dengan laporan indeks terkini, perkembangan yang baik dalam sektor perkilangan telah mencapai sepuluh bulan berturut-turut.

Kilang-kilang di China beroperasi dengan baik pada bulan Julai, menjadi petanda kepada perkembangan ekonomi untuk suku tahun yang ketiga. Hal ini turut di sokong melalui bacaan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) untuk suku tahun kedua pada bulan lepas yang meningkat kepada 6.9%.

Pengeluaran dan permintaan yang baru mula berkembang dengan cepat sejak bulan Februari lagi. Penjualan eksport meningkat pada kadar kedua terpantas dalam tempoh tiga tahun ini, menjadi petunjuk kepada permintaan yang banyak dalam pasaran antarabangsa.

Pada masa yang sama, kadar inflasi turut meningkat dengan kelajuan yang sama sejajar dengan peningkatan terhadap harga barangan dan pengeluaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat