Indeks PMI China Perlahan Kepada 51.4 Pada Julai

44

Ekonomi China berkembang pada kadar perlahan pada Julai yang ditunjukkan oleh bacaan dalam aktiviti sektor pembuatan dan perkhidmatan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Indeks PMI sektor pembuatan yang memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan merosot kepada 51.4 pada Julai. Ia merupakan kejatuhan yang lebih besar daripada ramalan 51.5.

Dalam bacaan berlainan, indeks PMI sektor perkhidmatan juga jatuh kepada 54.5 selepas naik ke paras 54.9 pada bulan sebelum itu.

Sebarang bacaan yang berada di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dengan keadaan perniagaan yang baik dan begitu juga sebaliknya bacaan di bawah 50.

Pada Selasa, China juga akan mengeluarkan data Caixin yang fokus kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana.

Ekonomi China juga merekod lonjakan dalam pertumbuhan ekonomi dengan GDP berkembang 6.9%. Kenaikan ini memperbaiki sentimen pelabur terhadap China yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia.

China dijangka merekod bacaan yang lebih baik daripada jangkaan seperti yang dilaporkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Bagi tahun 2018, IMF menaikkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 0.2% kepada 6.4% dengan jangkaan peningkatan pelaburan awam oleh kerajaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat