Indeks PMI Pembuatan UK Merosot, GBP Melemah

39

Data terbaru indeks PMI sektor pembuatan UK menyusut ke paras terendah tiga bulan lalu kepada 54.3 pada Jun dari 56.3 yang direkod sebelum itu. Bacaan kali ini juga jauh dari jangkaan pasaran 56.3.

Dalam komponen-komponen sektor tersebut, tempahan baru merekod peningkatan dalam semua jenis pembuatan, manakala merosot dalam pertumbuhan eksport ke paras terendah lima bulan.

Komponen pekerjaan dalam sektor pembuatan pula meningkat buat kali ke-11 bulan berturut-turut, walaupun pertumbuhan ada sedikit perlahan sejak akhir-akhir ini.

Sektor pembuatan keseluruhannya masih dilihat meyakinkan dengan 48% daripada syarikat pembuatan di UK menjangka kenaikan pengeluaran dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Walaubagaimanapun, keyakinan dalam keseluruhan industri pembuatan melemah ke paras terendah 7 bulan lalu berikutan ketidaktentuan rundingan Brexit.

Keyakinan dalam sektor pembuatan sepatutnya kekal kukuh, tetapi terdapat spekulasi bahawa momentum sektor ini semakin perlahan. Dari segi jangka panjang, kita tetap melihat komponen pelaburan sebagai pemangkin dalam sektor ini dalam suasana rundingan Brexit yang tidak menentu.

Matawang Gbp melemah selepas data ini dikeluarkan dengan GBP/USD jatuh dari 1.2990 kepada 1.2960. Ketika ini GBP/USD sedang didagang di sekitar 1.2965 setakat pukul 5.22 petang

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat