Indeks PMI Sektor Pembuatan UK Naik ke Paras Tertinggi Tiga Tahun Lepas

87

Indeks PMI sektor pembuatan UK mengukuh ke paras 57.3 pada April dari 54.3 sebelum ini dan bacaan kali ini lebih tinggi berbanding dengan jangkaan pasaran 54.0. Indeks ini berada di paras 50.0 sejak sembilan bulan berturut-turut dan bacaan April merupakan yang tertinggi sejak tiga tahun lepas.

Komponen pengeluaran meningkat ke paras tertinggi sejak tiga bulan lalu berikutan peningkatan pelaburan dan sektor barangan pertengahan, di mana sektor pengguna masih lagi lemah.

Tempahan baru meningkat ke paras tertinggi sejak Januari 2014 dengan permintaan domestik manjadi fokus utama. Tempahan eksport juga merekod kenaikan kukuh pada tempoh sama.

Dalam komponen harga, terdapat tekanan ke atas kepada kos walaupun kadar keseluruhan dalam harga input adalah perlahan ke paras terendah sembilan bulan lalu. Terdapat kenaikan berterusan dalam harga output yang akan mengekalkan tekanan ke atas terhadap harga keseluruhan pengeluar.

Peningkatan dalam keyakinan memberi kesan kepada pengukuhan pertumbuhan dalam stok pembelian sejak tinjauan ini dibuat pada 1992. Komponen pekerjaan juga meningkat dengan sektor pembuatan terus mengukuh.

Kesimpulannya, keyakinan dalam sektor pembuatan UK terus mengukuh dalam jangka pendek dan kemajuan yang sama dalam sektor perkhidmatan akan memberi kesan kepada pengetatan polisi monetari Bank of England.

Matawang GBP (Great Britain Pound) menguat sejurus data ini dikeluarkan dengan Gbp/Usd naik hampir 50 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat