Indeks Saham Eropah Dibuka Rendah Berikutan Risiko Korea Utara

43

Pasaran saham Eropah susut pada Jumaat selepas pelancaran peluru berpandu Korea Utara pagi tadi yang mempengaruhi cita rasa pelabur terhadap aset yang lebih berisiko.

Kaunter-kaunter perbankan dan cari gali adalah yang paling banyak mendapat kesan negatif, walaupun secara keseluruhan minggu ini indeks-indeks saham Eropah masih di landasan positif.

Semasa dagangan pagi di Eropah, STOXX 600 susut 0.12% setakat pukul 4.42 petang. Indeks ini mengumpulkan 600 syarikat termasuk syarikat besar di 18 negara Eropah yang jika dikumpulkan modal pasaran mencecah sehingga 90% daripada pasaran saham Eropah yang tidak hanya terhad kepada Zon Eropah sahaja.

STOXX 50 iaitu indeks ‘blue chip’ di Eropah pula hanya naik 0.02% setakat ini. Indeks DAX30 di Jerman pula susut 0.03% di mana FTSE100 yang lebih banyak terdiri daripada syarikat-syarikat komoditi susut 0.38% setakat ini. CAC40 di Perancis pula naik 0.06%.

Pasaran saham Eropah masih lagi di landasan tepat untuk merekod keuntungan terbesar sejak dua bulan lalu walaupun sentimen pada Jumaat agak negatif.

Penganalisis di Goldman Sach berkata saham Eropah terus menarik pelabur-pelabur dengan pengukuhan aliran modal masuk antarabangsa dan juga daripada pelabur Eropah sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat