Indeks Saham Global Dan Malaysia Melonjak Naik

230

Saham Global

Bursa saham U.S ditutup tinggi pada hari Selasa disebabkan rally pada saham-saham teknologi yang mengangkat keseluruhan bursa.

Index S&P 500 naik 0.7% kepada paras tertinggi iaitu pada 2.599.03. Peningkatan ini didorong oleh sektor teknologi informasi sebagai penyumbang terbesar. Indeks juga melonjak di atas paras 2.600 untuk pertama kalinya selama sesi berlangsung.

Menurut CNBC, Technology Select Sector exchange-traded fund, yang merupkan sektor teknologi pada index S&P 500, Index S&P 500, naik 1%. Peningkatan ke paras ini merupakan pencapian yang tidak pernah dicapai sejak tahun 2000.

Index Dow Jones mencatat rekod baru, melonjak 160,50 poin dan ditutup pada 23.590,83. Saham Apple naik 1.9% dan merupakan prestasi saham terbaik di Dow.

Nasdaq Composit yang merangkumi banyak saham teknologi naik 1.1% ke paras tertinggi sepanjang masa di 6.862.48. Saham teknologi besar seperti Facebook, Amazon, Netflix dan Alphabet semuanya ditutup lebih tinggi, bersama dengan iShares Nasdaq Biotechnology ETF.

Pada hari ini 22 November, saham Asia dibuka tinggi hari ini berikutan lonjakan pasaran di Eropah dan U.S, hasil daripada pertumbuhan global yang kukuh dan keuntungan korporat yang meningkat.

Indeks meluas saham MSCI Asia Pasifik di luar Jepun naik 0.3% kepada kenaikan 1.3 peratus pada Rabu, peningkatan terbesar dalam tempoh lapan bulan.

Pada tahun 2017, Indeks tersebut telah meningkat sebanyak 33% dan berada dalam landasan untuk mencatat prestasi tahunan terbaik sejak peningkatan 68% pada tahun 2009.

Indeks Hang Seng di Hong Kong naik 35.5% manakala CSI 300 mencatat pulangan 27.4% setakat ini pada tahun 2017.

Saham Korea Selatan KOSPI dibuka tinggi dengan kenaikan 0.61% kepada 2.546,10 mata. Manakala purata saham Indeks Japan Nikkei naik 0.88%. kepada 22.635,87 mata.

Saham Malaysia

Semalam, Bursa Malaysia ditutup tinggi. Tetapi pasaran lebih luas kekal lemah kerana keyakinan pelabur runcit berkurangan.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup dengan naik 2.32 mata kepada 1,720.68 daripada 1,718.36 pada penutupan hari Isnin.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung ialah 683 berbanding 239, manakala 373 kaunter tidak berubah, 589 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Berdasarkan laporan Bernama, berdasarkan sektor, Indeks Kewangan berkurangan 37.529 mata kepada 15,937.73, manakala Indeks Perladangan naik 30.68 mata kepada 7,919.31 dan Indeks Perusahaan meningkat 16.67 mata kepada 3,160.64.

Pada hari ini, setakat jam 9.40 pagi indeks KLCI naik 5.94 mata atau 0.35% kepada paras 1726.66.

Menurut penganalisis, harga minyak yang semakin kukuh dan peningkatan matawang ringgit akan melonjakkan lagi indeks saham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat