Indeks Sektor Pembuatan Utama Jepun Mencatat Pertumbuhan Memberangsangkan

55

Keyakinan perniagaan sektor pembuatan utama Jepun menunjukkan peningkatan pada suku tahun yang berakhir pada bulan Disember. Bacaan ini merupakan bacaan tertinggi 11 tahun lalu.

Berdasarkan laporan yang dikaji oleh bank pusat, peningkatan ini menunjukkan tanda-tanda bahawa ekonomi sedang berkembang terutama dalam sektor eksport.

Indeks Sektor Pembuatan Utama menacat pada bacaan 25 pada bulan Disember, naik daripada bacaan 22 pada bulan September dan jangkaan penganalisis yang mensasarkan bacaan 24.

Bacaan ini sejajar dengan bacaan pada bulan Disember 2006.

Manakala indeks yang mengukur bukan sektor pembuatan utama tidak berubah daripada bulan September pada bacaan 23.

Menurut pakar ekonomi di Institut Penyelidikan Mizuho, dapatan indeks Tankan itu menyokong visi BOJ, walaupun ia memberi indikasi bahawa penggunaan swasta semakin lemah.

Penganalisis menjangkakan keadaan bisnes sektor pembuatan utama dan bukan pembuatan akan bertambah buruk dalam tempoh 3 bulan akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat