Indeks Sektor Perkhidmatan US Capai Paras Tertinggi 12-Tahun Lalu

73

Sektor perkhidmatan Amerika Syarikat berkembang secara signifikan pada September di mana bacaan mencapai paras tertinggi sejak Ogos 2005 yang juga melebihi jangkaan pasaran.

ISM PMI non-manufacturing (Indeks sektor perkhidmatan Amerika Syarikat) meningkat ke paras 59.8 pada September dari bacaan sebelum ini 55.3 dan jangkaan 55.5.

Sebarang bacaan yang berada di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan keadaan perniagaan yang baik dan sebaliknya apabila bacaan di bawah 50.

“Sektor perkhidmatan Amerika Syarikat menunjukkan pertumbuhan yang kukuh pada September walaupun dengan impak bencana ribut taufan di Florida dan Texas,” kata Anthony Nieves, pengerusi Institute of Supply Management (ISM) yang mengeluarkan data ini.

Ada beberapa komponen yang dikira dalam indeks PMI sektor perkhidmatan Amerika Syarikat ini, antaranya ialah indeks perniagaan yang meningkat kepada 61.3 berbanding 57.5 pada Ogos.

Indeks tempahan baru pula merekod kenaikan sehingga 63 pada September, enam mata lebih daripada bacaan sebelum ini 57.1 pada Ogos.

Indeks pekerjaan pula meningkat kepada 56.8 bulan lalu dari bacaan 56.2 pada Ogos. Manakala indeks harga melonjak kepada 66.3 berbanding 57.9.

Data positif ini telah menyokong kenaikan US dolar selepas data dikeluarkan pukul 10 malam tadi. USDJPY ketika ini naik sehingga 60 pip sejak lima jam lepas sehingga setakat ini pukul 11.40 pm.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat