Indeks US Dolar Jatuh Selepas Naik Ke Paras 92.50 Selepas FOMC

42

Di sesi dagangan Eropah, indeks US Dolar dilihat mengundur daripada paras tertinggi 92.50 ke paras 91.21 setakat jam 6 petang.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain melonjak ke pertengahan 92.00 awal pagi tadi berikutan nada hawkish yang tidak dijangka keluar dalam keputusan mesyuarat FOMC hari ini.

Mengikuti jejak yang sama pada kenyataan bulan Jun lalu, pembuat dasar Fed sebulat suara mengekalkan kadar faedah mereka di samping mengumumkan pengecilan penyata imbangan pada bulan Oktober, bermula dengan $6 billion daripada aset kewangan dan $4 billion daripada yang hutang rumah yang disokong kerajaan (MBS)

Berkenaan inflasi pula, pengerusi Fed, Janet Yellen mengulas bahawa kadar inflasi yang bergerak perlahan hanya bersifat sementara, dan menjangkakan inflasi akan kembali pulih ke arah sasaran 2% Fed dalam jangka masa sederhana.

Antara faktor lain menekan indeks US dolar sedikit rendah adalah matawang Euro yang menguat selepas buletin ECB dikeluarkan hari ini serta pengumuman persediaan penggunaan overnight interest rate (OPR) ECB yang baru. Euro antara matawang yang memegang hampir 60% daripada kekuatan indeks tersebut.

Pasangan matawang EUR/USD naik 0.15% kepada 18 pips.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat