Indeks US Dolar Mengukuh, Matawang Australia Dan New Zealand Menyusut

82

Matawang Australia menyusut dalam pasaran Asia berikutan data Indeks harga Pengguna (CPI) bulanan China yang sedikit lemah dan penyusutan matawang New Zealand apabila bank pusat membuat keputusan untuk mengekalkan kadar faedah.

CPI China pada bulan Oktober meningkat sebanyak 0.1% bulanan berbanding jangkaan yang mensasarkan pertumbuhan 0.2%. Hal ini disebabkan kejatuhan harga makanan.

Namun berdasarkan kadar tahunan, CPI meningkat sebanyak 1.9%, melebihi jangkaan yang mensasarkan peningkatan 1.8%. Harga pengeluaran meningkat sebanyak 6.9% selari dengan jangkaan.

NZD/USD didagangkan pada 0.6956, menyusut sebanyak 0.16%. USD/JPY pula pada bacaan 114.00, mengukuh 0.11% dan AUD/USD didagangkan pada 0.7678, menyusut sedikit sebanyak 0.03% setakat jam 10.40 pagi .

Penyusutan matawang New Zealand didorong keputusan bank pusat New Zealand untuk mengekalkan kadar faedah pada 1.75% seperti yang dijangka. Dalam masa yang sama, bank pusat turut memberi amaran terhadap pergerakan kadar inflasi pada masa akan datang berikutan polisi baru kerajaan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain mengukuh sebanyak 0.03% setakat jam 10.40 pagi kepada 94.80.

Semalaman, matawang tidak begitu banyak berubah pada hari Rabu berikutan kekhuatiran pelabur terhadap penangguhan perlaksanaan pelan reformasi cukai dan pengukuhan matawang Kanada.

Menurut Yukio Ishizuki, penganalisis matawang berpendapat, “pada ketika ini kita tidak melihat apa-apa indikasi ekonomi yang besar dan calon pengerusi The FED juga telah diputuskan, maka yang menjadi perhatian sekarang ialah pelan reformasi cukai. Sebarang perubahan terhadap pelan ini akan memberi kesan kepada pergerakan matawang”

Pengukuhan matawang Kanada didiorong oleh laporan data perumahan yang melebihi jangkaan.

Berdasarkan laporan statistik Kanada, permit pembinaan bangunan meningkat sebanyak 3.8% pada bulan September berbanding jangkaan yang mensasarkan kejatuhan sebanyak 0.2%. Manakala pembinaan rumah meningkat kepada 222.800 unit pada bulan lepas berbanding jangkaan yang mensasarkan 210 000 unit.

Pasaran kini memberi tumpuan pada lawatan Presiden Donald Trump di China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat