Indeks US dolar Sudah Membentuk Bearish Engulfing. US dolar Jatuh?

54

Indeks US dolar (DXY) yang mengukur kekuatan matawang US ini berbanding matawan utama dunia yang lain melemah pada sesi semalam dan dilihat jatuh dari paras tertinggi ke paras 100.87 pada penutupan pasaran Isnin.

Ketika ini (DXY) berada di paras 101.00 pada masa artikel ini ditulis dan bergerak dalam julat kecil sejak pembukaan pasaran Asia pagi tadi. Disebabkan penjualan US dolar semalam kita melihat pattern bearish engulfing di time-frame Daily yang menunjukkan isyarat bahawa US dolar boleh jatuh lagi dalam masa terdekat.

Kejatuhan hari ini berlaku sebelum mesyuarat penting The Federal Reserve pada Khamis. Pasaran menjangkakan The Fed akan menaikkan kadarnya dari 0.50% kepada 0.75%. Kebarangkalian bagi kenaikan ini dapat dilihat pada Fed Fund Futures yang kini berada di paras 95.4%.

Walaubagaimanapun, masih ada kebimbangan terhadap ‘panduan di masa-hadapan’ (forward guidance) dan penguatan US dolar sejak pilihanraya lalu. Peningkatan US dolar sejak hampir dua bulan lepas adalah disebabkan jangkaan kepada Trump akan menaikkan perbelanjaan kerajaan yang mengukuhkan inflasi.

Pullback DXY (indeks US dolar) ini sekarang sedang testing retracement level 38.2%. Pada masa ini kita akan perhatikan level-level seterusnya iaitu 50% pada harga 100.60 dan 61.8% pada harga 100.3. Kejatuhan di bawah level fibo 61.8% ini akan menyaksikan kebarangkalian untuk harga jatuh ke paras 99.49.

Jika US dolar stabil semula pada masa terdekat ini dan menyambung tren kenaikan, resistance akan berada di paras tertinggi November 102.05. Jika harga melepasi level ini, 103.50 akan menjadi resistance seterusnya.

Akhir sekali beri perhatian kepada data-data US minggu ini dan mesyuarat The Fed pada Khamis yang akan menggerakkan US dolar dan pasangan matawang utama dunia yang lain. Lihat bagaimana ia bergerak setelah data dikeluarkan.

Indeks US dolar time-frame Daily
Indeks US dolar time-frame H4
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat