Indeks Wallstreet Capai Paras Tertinggi Dengan Dow Jones 26,000 Mata

508

Indeks Dow Jones di Wallstreet mencapai paras tertinggi 26,000 buat kali pertama pada Selasa dengan indeks-indeks lain turut membuat kenaikan selepas laporan pendapatan oleh syarikat UnitedHealth dan Citygroup yang memberangsnagkan sekaligus membantu sentimen di Wallstreet.

S&P500 mendapat 0.5% kenaikan yang membawa indeks kepada 2,800 mata buat pertama kali di mana ia disokong oleh kaunter-kaunter penggunaan mempamerkan prestasi terbaik. Nasdaq pula melonjak 0.7% sekaligus mencapai paras tertinggi terbaru.

Musim pengumuman laporan pendapatan sepanjang tahun lalu bermula dengan baik.

“Semua adalah tentang pendapatan ketika ini,” kata Peter Cardillo, kata ketua penganalisis ekonomi pasaran di First  Standard Financial. “Kenaikan dalam kualiti pendapatan dan jangkaan yang meyakinkan telah mendorong kenaikan pasaran.”

Pasaran ekuiti memulakan tahun 2018 dengan pencapaian positif di mana tiga indeks utama Dow, S&P dan Nasdaq naik 4.8% setakat ini. Kekuatan ekonomi Amerika Syarikat, reformasi cukai dan keyakinan pelabur menjadikan pengumuman pendapatan kali ini menjadi lebih penting.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat