Individu Tidak Berkelulusan Tinggi Juga Berpeluang Bekerja Di Tesla Motors!

549

Jumaat lalu, pengasas bersama Tesla Motors, Elon Musk menulis sebuah post di laman twitter beliau bahawa syarikat berkenaan mengalu-alukan kehadiran pekerja baru walaupun tidak memiliki kelulusan universiti.

‘Walaupun kamu tidak memiliki ijazah di universiti, kamu masih boleh bekerja di Tesla’, ujarnya.

CEO syarikat berkenaan menggunakan laman twitter untuk merekrut intelligence team buat Tesla. Uniknya, untuk menyertai pasukan tersebut, anda tidak memerlukan ijazah tertentu bahkan cukup dengan kelulusan sekolah menengah sahaja.

Hakikatnya, Elon Musk mencari individu yang mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap bidang pembuatan bahkan beliau menganggap bahawa latar belakang pendidikan seseorang adalah tidak revelan.

Untuk bekerja bersama Tesla, setiap calon mestilah lulus ujian hardcore coding. Di samping itu, beliau mendedahkan bahawa kelulusan dari universiti tidak dapat melambangkan kemampuan seseorang kerana terdapat jutawan terkemuka dunia yang langsung tidak memiliki kelulusan seperti Bill Gates, Larry Ellison dan Steve Jobs.

Oleh yang demikian, beliau mencari individu yang memiliki keupayaan luar biasa walaupun tidak memiliki kelulusan di peringkat tertinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat