Indonesia Bakal Bangkit Kembali!

695

Parlimen Indonesia hari ini telah meluluskan anggaran belanjawan Presiden Joko Widodo sebanyak $ 185 bilion dolar untuk tahun 2021, yang disifatkan oleh menteri kewangannya sebagai menyokong ekonomi terbesar di Asia Tenggara dan juga permulaan penggabungan fiskal.

Selain itu, anggaran tersebut didakwa mempunyai defisit fiskal yang lebih kecil daripada tahun ini. Jumlah perbelanjaan untuk tahun 2021 telah dipersetujui pada 2.750 trilion rupiah, 0.4% lebih besar daripada anggaran 2020, tetapi anggaran defisit untuk 2021 lebih kecil iaitu 5.7% daripada produk domestik kasar (KDNK), berbanding 6.34% tahun ini.

Di samping itu, prospek defisit anggaran tahun ini adalah yang terbesar dalam beberapa dekad kerana peningkatan perbelanjaan untuk menangani penularan wabak coronavirus.

Menurut Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati, ekonomi Indonesia didapati merosot untuk pertama kalinya sejak krisis kewangan Asia 1998 kerana penularan wabak pandemik Covid-19 kira-kira -1,7% hingga -0,6%. Oleh yang demikian, belanjawan 2021 dijangka akan meningkatkan semula pertumbuhan ekonomi sebanyak 5%.

Tambahnya lagi, penggabungan fiskal akan bermula tahun depan untuk memenuhi sasaran bagi menurunkan defisit belanjawan ke bawah 3% dari KDNK pada tahun 2023 serta pemerintah akan berusaha mempertahankan momentum pertumbuhan.

Sementara itu, belanjawan tersebut telah menetapkan sasaran untuk pendapatan negara sebanyak 1,743.6 trilion rupiah, lebih tinggi daripada tahun ini, sebahagiannya didorong oleh harga minyak lebih tinggi.

Manakala perbelanjaan kesihatan diperuntukkan sebanyak 169.7 trilion rupiah tahun depan, 20% di bawah tahun 2020, yang didorong oleh perbelanjaan untuk Covid-19 tahun ini, seperti pembinaan hospital baru.

Tambahan daripada itu, sebanyak 18 trilion rupiah diperuntukkan bagi mendapatkan vaksin Covid-19 yang mencukupi untuk menampung 160 juta orang, atau sekitar 60% penduduk negara itu. Pembangunan vaksin dianggarkan bernilai 3.7 trilion rupiah dan kajiannya memerlukan perbelanjaan sebanyak 1.2 trilion rupiah.

Untuk meningkatkan pertumbuhan, pemerintah menyediakan sebanyak 413.8 trilion rupiah untuk infrastruktur, mencatatkan peningkatan tahunan hampir 50%, bagi menampung projek yang terbengkalai selama penularan wabak Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat