Indonesia Bakal Wujudkan Pasaran Saham Kripto Di Akhir 2022

329

Demi mengembangkan pasaran kripto, Timbalan Perdana Menteri Perdagangan Indonesia Jerry Sambuaga mengatakan bahawa negara itu akan melancarkan bursa saham kripto menjelang akhir 2022 ini.

Menurut beliau, langkah untuk memperkenalkan bursa saham kripto melibatkan persediaan, pengesahan entiti dan keperluan modal minimum, malah negara Asia Tenggara sedang mempertimbangkan dalam mengadakan pertukaran mata wang kripto buat sementara waktu.

Selain itu, negara Indonesia mempunyai hampir 25 firma perdagangan kripto berlesen termasuklah pertukaran kripto Zipmex di bawah Bappebti iaitu Agensi Kawal Selia Dagangan Niaga Hadapan Komoditi Indonesia.

Melalui data Bappebti, transaksi kripto di Indonesia mengalami peningkatan hampir 1,000% daripada 64.9 trilion rupiah pada 2020 kepada 859.4 trilion rupiah pada 2021.

Hal demikian kerana, sebanyak 4% daripada penduduk negara telah berdagang dalam mata wang kripto serta projek non-fungible token (NFT) yang semakin rancak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tambahan pula, gergasi teknologi Indonesia GoTo Gojek Tokopedia (GoTo) yang mula melangkah masuk dalam pasaran mata wang kripto melalui pemerolehan pertukaran kripto tempatan iaitu Kripto Maksima Koin dipercayai membuat pengambilalihan bernilai $8.38 juta bagi mempelbagaikan perniagaannya.

Malah, penciptaan GoTo hasil penggabungan antara platform e-dagang Tokopedia dan aplikasi ride-hailing Gojek pada 2021 berjaya mengumpulkan lebih $1 bilion tawaran awam permulaan (IPO) serta menyumbang 2% kepada KDNK Indonesia pada bulan April.

Secara tuntas, PT Kripto Maksima Koin adalah antara 25 platform kripto yang dilesenkan oleh Bappebti pada 28 Januari 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat