Industri Hiburan Terkejut Pengasas Marvel ‘Stan Lee’ Iklan NFT Di Twitter!

768

Industri hiburan dan non-fungible token (NFT) kecoh sebentar selepas akaun rasmi lagenda komik dan pengasas Marvel, Stan Lee dijadikan ruang promosi koleksi NFT peribadi.

Dalam satu twit yang dimuatnaik pada 14 Disember, ada dilampirkan sebuah NFT ‘Chakra the Invincible’:

Berdasarkan twit tersebut, promosi NFT tersebut adalah sempena hari ulangtahun Stan Lee yang ke-99 pada 28 Disember.

Tindakan ini mengundang kritikan dalam kalangan peminat Marvel, termasuk seluruh industri hiburan kerana dianggap biadap dan tidak sesuai untuk seseorang yang telah tiada.

Untuk pengetahuan, Stan Lee telah meninggal pada tahun 2018.

Susulan daripada isu ini, kebanyakan pengguna Twitter menggesa studio blockchain, Orange Comet dan mereka yang menjaga akaun tersebut untuk tidak berbuat demikian.

Ketika penulisan artikel ini, twit tersebut menerima 1,520 twit semula, 24,100 twit quote, dan 12,900 suka.

Stan Lee merupakan tunjang kepada beberapa superhero utama termasuk filem “Spider-Man: No Way Home” dan drama bersiri Disney+ “Loki”.

Figura ini juga sering mencuri tumpuan dengan penampilan watak cameo dalam kebanyakan filem terkenal Marvel walaupun hanya durasi beberapa saat dan sehingga kini masih menjadi watak yang paling diingati oleh peminat di seluruh dunia.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat