Industri Pelancongan, Perhotelan Malaysia Di Ambang Kemusnahan

949

Sebagai salah satu penyumbang utama sumber kewangan Malaysia, industri perhotelan dan pelancongan telah mengugat kedudukan ekonomi Malaysia rententan daripada pandemik Covid-19.

Menurut Persatuan Hotel Malaysia (MAH), bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac, sektor perhotelan mengalami kerugian sebanyak 68 juta dengan 170,085 pembatalan tempahan bilik hotel.

Syarikat hartanah dan minyak sawit Keck Seng (M) Bhd (KSM) mengambil keputusan untuk menutup cawangan hotel di New York dan Toronto. Hal ini diikuti oleh Landmarks Bhd untuk menghentikan operasi perhotelan yang berada di Indonesia dan Malaysia.

MAH menjelaskan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM560.72 juta dengan kadar tempahan bilik hotel yang menyusut kepada 11% daripada 32% pertengahan bulan lalu.

Manakala, bagi sektor pelancongan pula kerugian dianggarkan bernilai lebih RM9 bilion sejak Januari hingga Mac 2020. Hal ini disebabkan oleh faktor industri pelancongan yang menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada lebih 3.7 juta rakyat selain penyumbang utama ekonomi Malaysia sebanyak 15.3%.

Sektor ekonomi yang terjejas akibat penularan Covid-19 memberi impak yang besar. Justeru, tindakan agresif bakal diambil oleh pihak kerajaan demi memulihkan semula status ekonomi Malaysia sebaik sahaja keadaan wabak bertambah baik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat