Industri Penstriman Ada ‘King’ Baru, Habislah Netflix Lepas Ni!

284

‘Mana tak-nya makin ramai minat Holster, siri Ejen Ali tayang dekat situ kot.’

Dominasi Netflix Inc sebagai ‘raja’ penstriman telah di cantas oleh Walt Disney Co selepas perkhidmatannya, Disney+ mencatat jumlah pelanggan berbayar sebanyak 221 juta.

Sebagai konteks, Netflix memiliki sebanyak 220.67 juta pelanggan berbayar setakat tahun ini.

Berdasarkan pencapai tersebut juga saham Disney dilihat meningkat 6.9% dalam sesi dagangan Wall Street semalam pada $120.15.

Menyingkap perjalanan ‘raja’ baru penstriman tersebut, Disney telah mempertaruhkan segala-galanya dengan pembinaan perkhidmatan penstriman tersebut pada 2017 lalu.

Ia jelas merupakan usaha utama Disney dalam bersaing dengan Netflix apabila trend tontonan dilihat beralih ke bentuk dalam talian (online) daripada kabel tradisional dan perkhidmatan TV penyiaran.

Tidak sampai 5 tahun selepas pelancaran perkhidmatan tersebut, Disney+ berjaya menambah 14.4 juta pelanggan, mengatasi konsensus 10 juta yang ditetapkan penganalisis menurut data FactSet.

Selain itu, penggabungan Disney dengan Hulu dan ESPN+ membawa jumlah pelanggan penstriman syarikat bagi Jun menokok 221.1 juta untuk mengatasi Netflix.

Ulas penganalisis Haris Anwar, Disney dilihat mempunyai peluang untuk berkembang di pasaran antarabangsa dan menambah pelanggan baru menandangkan pesaingnya terus bergelut setakat ini.

Dalam pada itu, Disney dilihat juga sedang menyiapkan diri untuk menarik lebih ramai pelanggan baru dengan pengenalan perkhidmatan Disney+ dan Hulu tanpa sorotan iklan pada harga sedikit tinggi.

Terang Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat, Christine McCarthy bahawa melalui perancangan tersebut Disney meramalkan pertumbuhan pelanggan meningkat sebanyak 80 juta menjelang 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat