Inflasi A.S Terus Mengganas Pada April, Ini Perkara Perlu Diketahui ‘Trader’!

1,971

Sebentar tadi Biro Statistik Buruh telah melaporkan dapatan data inflasi pada bulan April. Bacaan inflasi dilaporkan meningkat semula pada bulan April, meneruskan kenaikan yang telah menambah tekanan ke atas pengguna dan mengancam pengembangan ekonomi.

Indeks harga pengguna (IHP/CPI) yang mengukur harga barangan dan perkhidmatan, meningkat 8.3% daripada setahun yang lalu, lebih tinggi daripada apa yang dianggarkan oleh para penganalisis ekonomi Dow Jones yang mensasarkan kenaikan sebanyak 8.1%. Bacaan ini walaupun sedikit rendah dari bacaan bulan Mac namun ia menghampiri paras tertinggi sejak musim panas 1982.

IHP teras yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga pula meningkat 6.2%, berbanding jangkaan kenaikan 6%.

Inflasi telah menjadi satu-satunya ancaman terbesar kepada pemulihan ekonomi dari pandemik. Kenaikan harga minyak dan kedai runcit telah menjadi satu masalah utama, keadaan bertambah buruk apabila kenaikan harga turut mempengaruhi harga perumahan, jualan kereta dan pelbagai kawasan lain.

Pegawai Rizab Persekutuan telah bertindak balas kepada masalah itu dengan dua kenaikan kadar faedah setakat tahun ini dan berjanji untuk meningkatkan lagi sehingga inflasi turun ke sasaran 2% bank pusat. Walau bagaimanapun, data hari Rabu menunjukkan bahawa the Fed mempunyai tugas besar pada masa hadapan.

Kenaikan bulan ke bulan juga lebih tinggi daripada jangkaan iaitu 0.3% berbanding anggaran 0.2% dan peningkatan 0.6% untuk teras, berbanding tinjauan 0.4%.

Pasaran saham niaga hadapan didagangkan rendah pada hari Rabu susulan data inflasi dikeluarkan. Indek S&P500 niaga masa hadapan didagangkan lebih rendah 0.7%, Nasdaq 100 susut 1.1% dan Niaga hadapan Dow turun 170 mata.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama kukuh 0.13% kepada paras dagangan 104.118 selepas laporan inflasi dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat