Inflasi AS Makin ‘Gila’, Ini Kesan Pada Pasaran Mata Wang!

1,709

US dolar kembali menguat pada pembukaan dagangan sesi Asia dengan disokong oleh bacaan data inflasi Amerika Syarikat yang semakin ‘panas’ pada bulan Jun.

Indeks harga pengguna (CPI) tahunan AS tanpa dijangka melonjak 9.1% pada bulan lalu, menjangkaui jangkaan pasaran untuk meningkat 8.8% dan lebih tinggi daripada catatan 8.6% pada Mei.

Ini juga merupakan kenaikan terbesar yang pernah dicatatkan sejak November 1981. Sementara angka bulanan turut melebihi jangkaan dengan kenaikan 1.3% daripada 1.1% yang diramalkan.

Reaksi awal US dolar susulan laporan ini melihatkan raja mata wang itu terbang ke paras tertinggi terbaharu 20 tahun, di mana indeks dolar mencecah 108.58 sebelum merosot berikutan aktiviti pengambilan untung oleh pasaran.

Pada sesi dagangan hari ini, dolar greenback kembali memadamkan kerugian tersebut dengan didagangkan lebih kukuh berbanding kebanyakan mata wang utama.

Berikutan laporan pekerjaan NFP AS yang lebih kukuh pada Jun, lonjakan terbaharu dalam inflasi ini dilihat akan mendorong Federal Reserve (Fed) mengambil langkah lebih besar dalam kenaikan kadar faedah.

Pelabur kini tidak menolak kemungkinan bahawa Fed akan membuat kenaikan sebanyak 75 mata asas, atau mengikut jejak Bank of Canada (BOC) yang telah menaikkan kadar 100 mata asas pada mesyuarat polisinya semalam.

Sementara itu, pengukuhan USD telah mendorong euro tergelincir kepada $0.9998 menembusi harga pariti $1 buat pertama kali sejak Disember 2002, sebelum melantun semula ke dagangan terakhir pada 1.0019 pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat