Inflasi AS Timbulkan Kegelisahan! Apa Jadi Pada Reaksi Pasaran?

790

Bacaan inflasi Amerika Syarikat yang di luar jangkaan telah menggegarkan pasaran dengan mendorong raja mata wang US dolar melonjak lebih tinggi berbanding pesaing utamanya.

Indeks harga pengguna (CPI) meningkat kepada 7.5% tahun ke tahun pada Januari, melebihi jangkaan untuk kenaikan 7.3%. Angka ini juga merupakan bacaan tertinggi yang pernah dicatatkan sejak Februari 1982.

Inflasi teras tidak termasuk harga tenaga dan makanan pula dicatatkan pada 6.0% berbanding jangkaan 5.9%. Pada asas bulanan, CPI turut meningkat kepada 0.6% daripada unjuran 0.5%.

Reaksi awal menunjukkan US dolar melantun sebelum kembali susut disebabkan peningkatan dalam pasaran saham Wall Street. Namun, ia melonjak semula selepas mendengar ucapan daripada penggubal dasar Federal Reserve (Fed), James Bullard.

Bullard mencadangkan bahawa terdapat kenaikan kadar faedah sehingga 100 mata asas sebelum bulan Julai, di mana kenaikan 50 mata asas mungkin dibuat pada Mac. Beliau juga memilih untuk pengetatan kuantitatif yang lebih cepat.

Walaupun pandangannya hanya dari sudut individu, tetapi ini secara tidak langsung meningkat keyakinan pelabur bahawa Fed akan bertindak lebih agresif untuk membendung inflasi dari terus ‘menggila’.

Meneliti perkembangan mata wang utama lain, euro bertahan pada harga 1.1400 selepas menghapuskan keuntungan yang dicatat pada sesi New York.

Suruhanjaya Eropah menaikkan unjuran inflasinya untuk tahun ini daripada 3.5%, tetapi masih meramalkan ia akan menurun pada 2023. Selain itu, Gabenor Bundesbank Joachim Nagel menyatakan bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) mungkin menaikkan kadar pada akhir tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat