Inflasi AS Turun Lagi, USD Menangis Tak Berlagu!

590

US dolar menjunam lebih rendah selepas sekali lagi dikejutkan dengan bacaan data inflasi Amerika Syarikat yang terus menunjukkan pengurangan pada bulan November.

Ini sekali gus mengukuhkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan memperlahankan kadar kenaikan dalam kadar faedahnya pada mesyuarat polisi FOMC yang berlangsung awal pagi Khamis nanti.

Mengejutkan pasaran secara meluas, indeks harga pengguna (CPI) tahunan AS meningkat 7.1% pada November iaitu lebih rendah daripada dijangkakan untuk peningkatan 7.3%.

Bacaan yang dicatatkan itu juga menunjukkan penurunan daripada bacaan bulan Oktober pada 7.7%, menandakan kemerosotan untuk 5 bulan berturut-turut dari puncak tertingginya yang direkodkan pada Jun, 9.1%.

Dolar greenback terjun ke paras terendah enam bulan berbanding mata wang euro dan pound susulan terbitan data tersebut, menyaksikan masing-masing naik pada sekitar harga 1.0673 dan 1.2443.

Pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada keluaran data inflasi UK pada sesi Eropah bagi menentukan hala tuju seterusnya mata wang pound dan keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada Khamis.

Sementara itu, dolar Aussie pula melonjak ke paras ketinggian 3 bulan dan dolar New Zealand tertinggi 6 bulan berbanding greenback yang lebih lemah.

Seterusnya, hari Khamis bakal menjadi sesi dagangan yang sibuk buat pelabur dengan mesyuarat polisi dari 4 bank pusat iaitu Fed, BOE, Swiss National Bank (SNB) dan European Central Bank (ECB).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat