Inflasi China Merosot! Adakah Ini Bermaksud Ekonomi Lemah?

235

Pergerakan mata wang sensitif risiko terbatas pada sesi Asia selepas menyaksikan penerbitan data inflasi China yang mengecewakan pada Januari.

Indeks harga pengguna (CPI) jatuh di bawah jangkaan pasaran dengan hanya mencatat peningkatan sebanyak 0.9% pada bulan lalu berbanding ramalan kenaikan 1.0%. Angka tersebut juga menunjukkan penurunan daripada 1.5% yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada penggubal dasar People’s Bank of China (PBOC) untuk terus melaksanakan pelonggaran monetarinya di tengah penularan varian Omicron yang meningkat.

Akibat polisi ‘sifar Covid-19’ yang dilaksanakan oleh Beijing, beberapa aktiviti ekonomi terus menunjukkan pertumbuhan perlahan berikutan permintaan penggunaan yang lemah.

Dalam pada itu, indeks harga pengeluar (PPI) China turut menunjukkan kemerosotan dengan menurun 9.1% daripada 10.3% sebelumnya, dan meleset dari jangkaan untuk meningkat 9.5%.

Reaksi yang ditunjukkan oleh dolar Aussie menyaksikan mata wang itu sedikit berubah dengan didagangkan stabil pada 0.71500 berbanding US dolar. Ia sebelum ini meningkat selepas kebimbangan terhadap krisis geopolitik Rusia dan Ukraine berkurangan.

Sementara itu, dolar kiwi pula sedikit susut dengan berlegar di sekitar harga 0.6620 berbanding greenback. Pergerakan kiwi terus dipengaruhi oleh sentimen semasa dalam pasaran memandangkan tiada data ekonomi utama dari New Zealand diterbitkan minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat