Inflasi CPI Zon Eropah Melonjak ke Paras Tertinggi 30-Bulan

39

Petang tadi data inflasi bagi zon Eropah dikeluarkan yang menunjukkan indeks harga pengguna (CPI) meningkat 0.6% dari 0.5% bulan lepas. Penganalisis menjangkakan kadar CPI kali ini berada di paras 0.6% yang menyamai kadar sebenar pada November. Kadar CPI kali ini merupakan yang tertinggi sejak Mei 2014.

Manakala inflasi teras (Core-CPI) pula mencatatkan kadar 0.8% yang menyamai kadar yang dilaporkan bulan lepas dan kadar jangkaan penganalisis.

Terdapat kejatuhan dalam harga tenaga yang menyusut ke paras 0.9% dari 1.1% bulan lepas berikutan harga minyak dunia yang semakin menyusut dari paras tertinggi Oktober lepas.

Manakala harga makanan dan minuman pula mencatatkan peningkatan ke paras 0.7% dari 0.4% sebelum ini.

Peningkatan tahunan dalam barang industri bukan-tenaga tidak berubah dari 0.3% berbanding 0.6% pada November 2015, dengan sektor perkhidmatan juga mencatatkan kejatuhan dari kadar 1.2% pada November 2015.

Data secara keseluruhan meningkat sedikit dalam kiraan inflasi yang memberikan ketaktentuan sama ada ECB akan mengurangkan program pembelian bon kerajaan. Program pembelian bon semasa akan berakhir pada Mei 2017 dan data yang dikeluarkan belum lagi memberi keyakinan kepada pasaran Eropah. ECB dijangkakan akan meneruskan program pembelian bon untuk mencapai sasaran inflasi walaupun sentimen terkini melihat ECB semakin kekurangan instrumen bagi meneruskan program ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat