Inflasi CPI Zon-Eropah Meningkat 1.8%, Core Inflasi Kekal 0.9%

40

Harga pengguna Zon-Eropah (CPI inflation) meningkat ke paras 1.8% pada Januari berbanding kadar 1.1% yang dicatatkan pada bulan sebelum. Bacaan tahunan  juga berada di atas jangkaan pasaran 1.5% dan merupakan bacaan tertinggi sejak hampir empat tahun lalu.

Jika tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga (minyak petrol dll), kadar tahunan CPI tidak berubah dari 0.9% dan sejajar dengan jangkaan pasaran.

Kenaikan kadar inflasi dalam harga ‘barangan perindustrian bukan-tenaga’ naik 0.5% dari 0.3% sebelum ini, manakala terdapat kejatuhan kecil dalam harga perkhidmatan dari 1.3% kepada 1.2% pada tempoh sama.

Data utama dan kenaikan mendadak dalam bacaan tahunan akan menjadi perhatian ECB (European Central Bank), tetapi bank pusat Eropah ini dijangka akan mengekalkan nada ‘dovish‘ kerana masih tidak ada kenaikan meyakinkan dalam data inflasi utama.

Base effect’ akan terus memberi impak kepada data Februari, walaupun kesannya akan hilang. Base effects adalah paras kadar inflasi yang tinggi atau rendah pada bulan-bulan lepas yang mengganggu kadar inflasi semasa. Base effects boleh menyukarkan pihak bank pusat untuk mendapatkan bacaan inflasi yang tepat.

ECB masih dilihat sukar untuk membuat ‘tapering‘ dengan data yang semakin baik ketika ini. Kita masih menantikan ‘guidance‘ (panduan) dari pihak ECB dan dengan kenaikan inflasi-teras akan mengubah fikiran ECB dalam jangka pendek.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat