Inflasi Eropah Capai Paras 2.0%, Matawang Euro Meneruskan Kenaikan

436

Inflasi Zon-Eropah mencapai paras 2 peratus buat pertama kali sejak setahun yang lalu berikutan peningkatan harga produk tenaga dan makanan di wilayah itu. Hal ini dijangka akan meningkatkan lagi potensi untuk European Central Bank (ECB) untuk meneruskan perancangan pengetatan polisi monetari Zon-Eropah di masa akan datang.

Inflasi di 19 negara berkongsi bacaan 2.0% berbanding catatan yang lebih rendah sebelum ini 1.9% pada bulan Mei. Bacaan kali ini juga sejajar dengan jangkaan pasaran. Kali terakhir kadar inflasi berada di paras 2.0% adalah pada Februari 2017.

Terdapat pengukuhan kepada matawang Euro selepas data ini dikeluarkan berbanding matawang utama yang lain. Sememangnya data inflasi adalah indikator ekonomi paling penting yang dipertimbangkan oleh bank pusat khususnya ECB dalam menggubal polisi monetari.

Antara mandat utama ECB adalah untuk mencapai sasaran inflasi 2.0%. Data kali ini dilihat bertepatan dengan keputusan bank pusat Eropah untuk menamatkan pembelian bon pada penghujung tahun, namun masih mahu mengekalkan kadar faedah sekurang-kurangnya sehingga musim panas 2019.

Pasangan matawang EUR/USD meneruskan kenaikannya sebentar tadi selepas menguat pada mulanya dalam sesi Asia apabila Kesatuan Eropah mencapai kata sepakat dalam isu migrasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat