Inflasi Mula Menunjukkan Tanda Pertumbuhan Yang Perlahan?

816

Perbelanjaan pengguna A.S. dilaporkan perlahan pada bulan Julai kerana kekurangan dalam kenderaan bermotor yang memicu kenaikan perbelanjaan perkhidmatan secara peribadi. Hal ini membawa indikasi bahawa pertumbuhan ekonomi akan sederhana pada suku ketiga di tengah peningkatan jangkitan Covid-19.

Perbelanjaan pengguna, yang menyumbang lebih daripada dua pertiga aktiviti ekonomi A.S., meningkat 0.3% pada bulan lalu seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perdagangan pada hari Jumaat. Data untuk bulan Jun disemak semula menunjukkan perbelanjaan meningkat 1.1% dan bukannya 1.0% seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Disisi yang berbeza bacaan ini juga selaras dengan jangkaan para ahli ekonomi yang sasarkan peningkatan 0.3%. Telah terdapat permintaan dalam perkhidmatan perjalanan dan percutian namun perbelanjaan tersebut tidak cukup untuk mengimbangi penurunan perbelanjaan barangan.

Data kad kredit menunjukkan perbelanjaan untuk perkhidmatan seperti penerbangan dan pelayaran serta hotel dan motel semakin perlahan pada bulan ini. Ini membawa indikasi bahawa orang ramai mula berhat-hati ditengah peningkatan jangkitan varian delta Covid-19.

Pada hari Khamis semalam, laporan melaporkan perbelanjaan pengguna tumbuh pada kadar tahunan 11.9% pada suku kedua, menyumbang sebahagian besar pertumbuhan ekonomi yang catat bacaan 6.6%.

Dalam masa yang sama, inflasi terus meningkat pada bulan Julai berikutan kekangan bekalan dan pembukaan ekonomi.

Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE), tidak termasuk komponen makanan dan tenaga yang tidak menentu, meningkat 0.3% pada bulan Julai setelah meningkat 0.5% pada bulan Jun. Dalam 12 bulan hingga Julai, indeks harga PCE teras meningkat 3.6% selepas kenaikan serupa pada bulan Jun.

Pasasran terus memberi tumpuan pada ucapan pengurusi the Fed Jerome Powell menjelang persidangan ekonomi Jackson Hole pada hari Jumaat bagi mendapatkan lebih pentujuk mengenai pembelian bon.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat