Inflasi New Zealand Mendatar Nzd/Usd Volatile

55

Inflasi di New Zealand tidak berubah pada suku kedua yang menunjukkan kejatuhan harga minyak mentah membenam kenaikan kos dalam keseluruhan ekonomi.

Harga pengguna (CPI) mencatat bacaan sifar peratus pada suku kedua berbanding kenaikan 1% pada suku pertama. Jangkaan bagi data kali ini ialah harga meningkat sebanyak 0.2%.

Harga makanan meningkat 0.7% pada tempoh tersebut, di mana harga tenaga meningkat kepada 0.8%. Harga pengangkutan pula merosot sebanyak 1.3%.

Inflasi tahunan meningkat 1.7% berbanding 2.2% yang direkod sebelum itu tetapi masih lebih daripada jangkaan pasaran.

Jangkaan pasaran bagi data hari ini ialah kenaikan 0.2% secara suku tahunan dan 1.9% secara tahunan.

Pergerakan inflasi yang mendatar adalah kerisauan bank pusat yang telah memotong kadar faedah ke paras terendah dalam usaha menyokong makroekonomi. Bank pusat juga mempunyai mandat mengekalkan inflasi di paras stabil antara 1%-3%.

NZDUSD melemah sejurus selepas data ini dikeluarkan sehingga mencapai paras terendah di 0.7261 sebelum mengukuh semula kepada 0.7350 setakat ini pada pukul 4.01 pm.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat