Inflasi New Zealand Naik 0.5% Melebihi Jangkaan 0.4%

94

Kadar inflasi New Zealand menunjukkan peningkatan pada suku ketiga tahun ini menjangkau ramalan bank pusat.

Berdasarkan laporan statistik New Zealand yang dikeluarkan pada hari ini, Indeks harga pengguna (CPI) meningkat 0.5% dalam tempoh 3 bulan yang berakhir pada bulan September berbanding pada suku kedua yang merekod bacaan mendatar.

Bacaan CPI meningkat 1.9% berdasarkan kiraan tahunan, berbanding jangkaan analisis yang menjangkakan peningkatan sebanyak 1.8% sahaja. Peningkatan 1.9% ini didorong oleh peningkatan harga perumahan dan makanan.

Laporan CPI ini telah mendorong peningkatan dalam matawang dolar New Zealand kepada paras 2 minggu tinggi iaitu pada $0.7197 berbanding bacaan sebelum keluarnya laporan yang merekod bacaan $0.7178.

Walaubagaimanapun, pakar ekonomi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) tetap dengan keputusan untuk mengekalkan kadar faedah pada paras rendah untuk beberapa tahun sementara menunggu inflasi stabil di sekitar 2%.

Menurut Michael Gordon pakar ekonomi di Westpac Bank, “Buat masa sekarang inflasi berada pada paras yang disasarkan oleh RBNZ. Namun terdapat indikasi yang menunjukkan bahawa inflasi berkemungkinan mengatasi paras 2% seiring dengan ekonomi New Zealand yang bertumbuh secara perlahan.”

Ditambah pula dengan ketidakpastian halatuju corak pemerintahan akan datang, apabila parti New Zealand First memegang kuasa untuk membuat keputusan (balance of power) bagi menentukan kerajaan baru.

Peningkatan CPI suku tahun ketiga ini didorong oleh kos perumahan seperti peningkatan harga sewa yang meningkat 2.2%. Di tambah pula, dengan peningkatan populasi New Zealand berikutan pertambahan migrasi telah meningkatkan permintaan terhadap perumahan sejak beberapa tahun kebelakangan.

Harga bil makanan meningkat 1.1 peratus berikutan peningkatan harga global bagi soft commodities (komoditi yang terhasil daripada tanaman seperti kopi, gula dan sebagainya).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat