Inflasi Suku-Kedua Australia Merosot Kepada 0.2%

69

Kadar inflasi suku tahunan Australia di lihat bergerak perlahan berdasarkan indeks harga pengguna (CPI) yang di keluarkan pada Rabu.

Berdasarkan ramalan penganalisa pasaran, untuk mencapai jangkaan 2.2% inflasi tahunan, kadar kenaikan bulanan perlu berada sekitar 0.4%. Namun begitu, laporan CPI untuk suku tahun kedua hanya meningkat pada kadar 0.2%, sedikit perlahan jika di bandingkan pada peratusan suku tahun pertama pada 0.5%.

Dalam laporan CPI tahunan pula, inflasi kini berada pada paras 1.9% untuk suku tahun kedua, sedikit rendah berbanding suku tahun pertama pada paras 2.1%.

Walaubagaimanapun, kadar inflasi tahunan masih lagi bergerak dalam julat jangkaan Bank Pusat Australia (RBA), di antara 1%-3%. Tahun lepas, CPI telah jatuh pada paras puluhan tahun terendah menyebabkan RBA menurunkan kadar faedah ke paras rendah yang terbaru.

Indeks Aussie dolar kini berada pada paras 67.10 setakat jam 11 pagi. Peratus kenaikan tahunan telah mencapai 5.67%. Berikutan kenaikan matawang Australia yang berterusan, para pelabur mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ekonomi Australia melalui perubahan kadar inflasi.

Menurut RBA, kekuatan pada matawang Aussie boleh menyebakan penurunan inflasi sebanyak 0.5% dalam tempoh 3 tahun. Pada pandangan mereka, perubahan 10% pada matawang akan menambah atau mengurangkan kadar inflasi tahunan kepada 1% dalam tempoh 3 tahun.

Kadar inflasi bergerak perlahan, dan inflasi (CPI) tahunan turun kepada 1.9% untuk suku tahun ke-2, matawang AUD masih kuat menyebabkan bank pusat sendiri bimbang jika kenaikan matawang berterusan akan menyebabkan kejatuhan pada kadar inflasi akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat