Inflasi UK Capai Paras Tertinggi Lima Tahun Lalu

57

Harga pengguna (CPI) untuk negara UK mencapai paras tertinggi lima tahun lalu pada November sekaligus memberi tekanan kepada kos sara hidup di Britain.

Dalam laporan pada Selasa, Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) melaporkan kenaikan harga pengguna kepada 3.1%. Paras tersebut adalah yang tertinggi sejak Mac 2012 dan melebihi jangkaan 3.0% dan bacaan sebelum ini.

Pejabat Statistik Kebangsaan mengatakan kenaikan tiket kapal terbang adalah faktor terbesar yang menyumbang kenaikan harga termasuk harga aktiviti rekreasi dan barangan/perkhidmatan seperti permainan komputer.

“Kejatuhan harga barangan dan perkhidmatan kategori (barangan travel dan perkhidmatan kewangan) menjadi faktor terbesar yang membawa kepada penurunan harga,” tambah ONS.

Inflasi tahunan juga semakin menekan isirumah di Britain dengan pertumbuhan gaji yang berada di paras 2.1%.

Dari segi bulan ke bulan, harga pengguna naik 0.3% pada November berbanding jangkaan kenaikan 0.2% dan kenaikan 0.1% sebelum ini pada Oktober.

Harga-teras (Core-CPI) yang tidak mengambil kira harga makanan, tenaga, alkohol dan tembakau meningkat pada kadar 2.7% bulan lalu seperti yang dijangka.

Indeks harga runcit (RPI) pula meningkat 3.9% dari segi tahunan pada November berbanding kenaikan 4.0% bulan lalu. Jangkaan untuk data kali ini adalah kenaikan 4.1%. Dari segi bulanan RPI naik 0.2% sedikit tinggi daripada kenaikan 0.1% sebelum ini tetapi di bawah jangkaan 0.3%.

GBP/USD melonjak hampir 40 pip selepas data ini dikeluarkan dan ketika ini berada di landasan kenaikan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat