Inflasi UK Makin Melampau, Catat 11% Pada Bulan Oktober!

351

Sudah habis kosa kata untuk menjelaskan bacaan terbaharu dalam data inflasi UK yang terus mengejutkan pasaran dengan peningkatan lebih tinggi pada bulan Oktober.

Meneliti laporan Pejabat Perangkaan Nasional (ONS), indeks harga pengguna (CPI) tahunan UK meningkat kepada 11.1% pada bulan lalu, sekali gus meletakkannya pada puncak tertinggi baharu 41 tahun.

Angka yang direkodkan juga tersasar daripada jangkaan untuk peningkatan 10.7%, dan meningkat daripada bacaan sebelumnya pada September iaitu 10.1%.

Pada asas bulanan pula, harga pengguna menokok 2.0% pada Oktober berbanding jangkaan 1.7% dan catatan 0.5% pada bulan terdahulu.

Sementara itu, inflasi teras (tidak termasuk harga makanan dan tenaga) dilaporkan meningkat 6.5% tahun ke tahun pada bulan lalu berbanding 6.5% yang direkodkan pada bulan sebelumnya.

Inflasi kini lima kali ganda lebih tinggi daripada sasaran 2% Bank of England (BOE), menambahkan tekanan buat bank pusat itu melaksanakan kadar faedah yang lebih tinggi.

BOE telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 8 kali sejak akhir tahun lalu bagi mengekang tekanan harga, namun malangnya, inflasi terus bermaharajalela dengan lonjakan lebih tinggi pada bulan Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat