Inflasi UK Meleset Dari Jangkaan 3.1%, GBP Melemah

40

Inflasi harga pengguna (CPI) di United Kingdom tidak berubah dari paras tertinggi lima tahun lalu pada Oktober, meleset daripada jangkaan.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan pada Selasa, harga pengguna naik 3.0% (bacaan tahunan, y/y) pada Oktober sejajar dengan data sebelum ini yang mana tidak berubah.

Bacaan kali ini kurang daripada jangkaan pasaran 3.1%, namun masih berada di paras tertinggi sejak Mac 2012.

Bacaan Core-CPI yang tidak mengambil kira harga makanan, tenaga, alkohol dan tembakau meningkat sebanyak 2.7% bulan lalu. Ia juga sejajar dengan bacaan September, namun meleset daripada jangkaan kenaikan 2.8%.

Indeks harga runcit (Retail Price Index, RPI) pula meningkat 4.0% (bacaan tahunan, y/y) pada Oktober berbanding kenaikan 3.9% sebelum ini. Jangkaan untuk data kali ini ialah kenaikan 4.1%. Data ini juga digunakan sebagai data alternatif yang digunakan untuk mengira pembayaran  bon kerajaan dan banyak lagi kontrak komersial.

Harga pengguna (CPI) yang gagal melebihi 3% menunjukkan Carney tidak perlu terburu-buru untuk menaikkan kadar faedah Bank of England (BoE) di masa hadapan.

Ramai penganalisis ekonomi yang mengkritik keputusan BoE untuk menaikkan kadar faedah awal bulan ini. Mereka mengatakan inflasi di landasan betul untuk jatuh kerana impak kejatuhan Pound yang semakin berkurangan, dan juga terdapat bukti ekonomi yang perlahan.

Walaubagaimanapun, dalam kenyataan polisi terkini, BoE berkata Brexit adalah ketidaktentuan terbesar dalam ekonomi UK di masa hadapan. BoE juga mengatakan keluarnya UK dari EU akan mengurangkan kebolehan Britain untuk bertumbuh tanpa kenaikan inflasi berlebihan.

Keseluruhannya, data hari ini menunjukkan tekanan inflasi yang semakin berkurangan. Pasangan matawang GBP/USD jatuh 45 pip selepas data ini dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat