Infrastruktur Minyak AS Sudah Pulih, Bagaimana Reaksi Emas Hitam?

259

Harga minyak didagangkan stabil pada pembukaan dagangan awal minggu setelah pemulihan rangkaian saluran paip utama Amerika Syarikat mengurangkan kebimbangan terhadap bekalan.

Pada awal sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan positif di sekitar harga $68.75 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula stabil pada $65.40 setong.

Kedua-dua penanda aras melonjak hampir 2.5% pada hari Jumaat dan berjaya mencatat keuntungan kecil pada minggu lalu, menandakan kenaikan mingguan ketiga berturut-turut.

Kekurangan petrol yang melanda Pantai Timur AS telah mereda secara beransur-ansur pada hari Ahad, dengan 1,000 stesen lagi menerima bekalan ketika sistem Colonial Pipeline kembali pulih dari serangan siber.

Sementara itu, harga minyak turut disokong oleh permintaan yang meningkat ketika AS dan beberapa negara Eropah terus menunjukkan pemulihan dalam aktiviti ekonomi mereka, yang disokong oleh kemajuan dalam program vaksinasi Covid-19.

Bagaimanapun, pelabur tetap berhati-hati kerana kebimbangan terhadap varian coronavirus yang sangat mudah dijangkiti yang pertama kali dikesan di India, merebak ke negara lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat