Ingat Cakap Powell, Data NFP Malam Ini Penting!

856

Pergerakan pasaran kekal bergelora menuju hujung minggu ketika pelabur menantikan satu lagi penerbitan data penting dari Amerika Syarikat.

Data NFP yang bakal dikeluarkan pada sesi New York dijangka akan menunjukkan pertambahan lebih perlahan dalam pekerjaan di AS pada bulan April sebanyak 181,000 daripada 236,00 sebelumnya.

Selain itu, kadar pengangguran juga diunjurkan sedikit meningkat kepada 3.6% daripada 3.5% yang dicatatkan pada Mac.

Walaupun keputusan dasar Federal Reserve (Fed) telah diketahui, tetapi NFP masih penting memandangkan Pengerusi Jerome Powell mengatakan penetapan kadar faedah seterusnya akan ditentukan oleh data.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan sedikit berubah pada sekitar paras terendah 102.28.

Sementara mata wang euro pula merosot ketika pembukaan sesi Eropah, masih terkesan oleh keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) yang memperlahankan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat terbarunya.

Dalam pada itu, pound didagangkan mengukuh selepas menembusi paras harga 1.2600 berbanding greenback, puncak tertinggi terbaru satu tahun.

Melihat pergerakan mata wang utama lain, yen kekal menguat dengan dorongan daripada US dolar yang lebih lemah dan ketidaktentuan berterusan dalam krisis perbankan AS.

Pelabur akan terus meneliti perkembangan semasa dalam sektor perbankan susulan kejatuhan mendadak saham Western Alliance dan PacWest Bancorp pada hari Khamis.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand terus berpegang pada keuntungan terdahulu, manakala dolar loonie juga menguat menjelang terbitan data pekerjaan Kanada pada sesi New York.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat