Ingatkan GBP/USD Nak Berubah Arah, Harga Terjun Semula 200 Pips!

189

Pound Sterling pada dagangan Selasa semalam menunjukkan sedikit pengukuhan di sesi Eropah namun kecundang semula menuju penghujung sesi New York.

Pelabur masih meneliti perkembangan dasar bank pusat di mana Bank of England (BOE) yang sebelum ini menaikkan kadar faedah dalam masa yang sama turut melaksanakan langkah pembelian bon untuk mengimbangi risiko kemelesetan ekonomi.

Pada awal sesi Eropah semalam, laporan data pekerjaan UK diterbitkan dan memberi kesan positif menyaksikan peningkatan nilai Pound.

Kadar pengangguran di UK pada bulan September susut ke paras 3.5% berbanding 3.6% sebelumnya, dan indeks purata pendapatan 3 bulan meningkat kepada 6.0% mengatasi jangkaan. Namun, tuntutan faedah pengangguran mengejutkan pasaran apabila melonjak lebih tinggi untuk tempoh lebih 1 tahun.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam, harga memulakan penurunan di sesi Asia ke paras sekitar 1.1000 susulan US dolar masih mendapat kelebihan dalam suasana pasaran yang berisiko (risk-off).

Namun, Pound berjaya melonjakkan harga susulan terbitan laporan pekerjaan UK yang baik dengan kenaikan harian sekitar 180 pips dicatatkan ke paras ketinggian 1.11800.

Jangkaan awal untuk perubahan trend tersebut terbantut apabila harga kemudiannya kembali menjunam semula lebih 200 pips pada penghujung sesi New York sehingga mencecah sekitar 1.09600.

Pergerakan harga yang kembali berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu kembali memberi isyarat untuk harga menyambung trend bearish sebelum ini.

Jangkaan untuk penurunan lanjut harga masih dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) 1.09000 yang bakal menyajikan reaksi menarik sebelum petunjuk bagi pergerakan selanjutnya buat harga.

Sekiranya harga berjaya tembus lebih rendah, harga berpotensi untuk kembali mencecah semula sehingga ke zon terendah sepanjang masa pada 1.04000 yang dicecah pada penghujung September lalu.

Namun, jika lonjakan harga berlaku semula, melepasi rintangan pada 1.11000 akan menjangkakan paras rintangan pada 1.12000 pula bakal diuji setelah kenaikan semalam gagal melepasinya.

Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan berkemungkinan akan menuju ke paras 1.13000 sebelum zon rintangan minggu lalu pada 1.15000 akan menjadi sasaran berikutnya.

Data pertumbuhan ekonomi UK akan dinilai pada terbitan di awal sesi Eropah petang ini dan turut akan memberi kesan terhadap pergerakan harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat