Ingatkan Nak Naik Lebih Tinggi, Tapi EUR/JPY Jatuh Lebih Rendah

244

Pergerakan menarik pada carta harga pasangan mata wang EUR/JPY mencuri tumpuan para pelabur apabila jangkaan untuk kenaikan harga gagal diteruskan semalam susulan momentum yang positif pada penghujung minggu lalu.

Aliran pelaburan ke arah aset safe-haven pada awal minggu dilihat meningkat dipengaruhi oleh ketidaktentuan di China berhubung isu krisis hutang Evergrande.

Justeru, situasi tersebut telah mendorong peningkatan nilai mata wang Yen pada dagangan Isnin semalam. Namun momentum tersebut mula pudar susulan pelabur berwaspada menjelang mesyuarat dasar monetari bank pusat Jepun pada Rabu.

Seperti kebiasaan, pelabur akan terus menjangkakan pelonggaran polisi akan dikekalkan oleh Bank of Japan (BOJ) seperti mesyuarat-mesyuarat terdahulu.

Sementara Euro pula terus bergerak lemah sejak minggu lalu bersambung ke minggu ini dengan tumpuan akan terarah pada data-data sektor ekonomi utama Eropah yang akan dipaparkan pada Khamis dan Jumaat.

Harga pada carta EUR/JPY dilihat telah meneruskan penurunan semalam menembusi paras support 128.600 dan mencatatkan paras terendah harian semalam sekitar 128.150.

Namun, Yen yang dilihat kembali bergerak susut dalam pasaran menyaksikan kenaikan semula harga pada sesi Asia hari ini (Selasa) menguji paras 128.600 yang bertindak sebagai paras rintangan buat harga.

Zon SBR (support become resistance) tersebut dijangka mengekang kenaikan harga sebelum harga dijangka menyambung semula penurunan ke zon support 128.00.

Zon support tersebut turut menyokong harga pada penurunan Ogos lalu. Sekiranya harga berjaya melepasi zon ini, paras terendah terbaru akan dicatatkan sejak Februari.

Namun jika harga berjaya melonjak melepasi zon SBR 128.600, halangan Moving Average 50 (MA50) bakal dilepasi untuk memberi isyarat perubahan trend bullish semula.

Kenaikan harga akan menguji semula paras ketinggian dicapai pada Jumaat lalu sekitar 129.650 sebelum ke paras tumpuan 130.00.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat