Ingatkan Nak Turun, Rupanya GBP/USD Melonjak 180 Pips!

544

Pound Sterling masih berjaya mengekalkan pengukuhan pada dagangan Selasa semalam walaupun menunjukkan penurunan nilai pada sesi Eropah sebelum melonjak semula di sesi New York.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD semalam melihatkan harga pada mulanya membuat penurunan sekitar 60 pips ke zon RBS (resistance become support) 1.33000 susulan laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan kurang baik selain berita sekatan pergerakan di London ekoran lonjakan kadar jangkitan virus.

Namun harga kembali melonjak dari zon RBS tersebut dengan kenaikan sekitar 180 pips ke paras ketinggian 1.34700 sehingga ke penghujung sesi New York sebelum harga bergerak perlahan semula di sesi Asia pagi ini.

Lonjakan tersebut didorong oleh perkembangan positif rundingan Brexit yang dilaporkan semakin hampir mencapai persetujuan memberikan keyakinan buat para pelabur dalam pasaran.

Namun perlu berwaspada terhadap amaran bahawa Perdana Menteri UK Boris Johnson yang melihat pengakhiran rundingan ini adalah Brexit tanpa perjanjian (no-deal).

Sementara pelabur menantikan pengumuman rasmi rundingan tersebut, pelbagai spekulasi akan terus berlegar dalam pasaran dan akan mempengaruhi keputusan pelabur terhadap dagangan.

Kenaikan harga yang ketara pada carta GBP/USD juga turut dilihat disokong oleh faktor penyusutan US dolar dalam pasaran dengan kecenderungan sentimen risk-on.

Selepas berjaya mengatasi paras ketinggian di awal minggu, harga dijangka akan meneruskan momentum tersebut menuju zon resistance 1.35000.

Kenaikan yang berjaya melepasi zon resistance tersebut dan paras ketinggian yang dicapai pada awal Disember akan merekodkan paras tertinggi terbaru sejak dagangan Mei 2018.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan semula, antara paras penting yang perlu diberi tumpuan adalah pada zon 1.34000 dan 1.33000 yang akan menjadi paras sokongan harga.

Penurunan lebih rendah seterusnya akan kembali semula menguji zon support bulanan sekitar 1.32000-1.31500.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat