Ingatkan Semua Matawang Meroket, Eh! Rupanya Jatuh Di Tengah Jalan

540

Permulaan sesi Eropah memperlihatkan dagangan matawang utama kembali mencatatkan penyusutan berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati terhadap tahap kesihatan Presiden AS Donald Trump yang telah keluar daripada hospital meskipun masih belum bebas daripada Covid-19 sepenuhnya.

Walaupun telah meninggalkan hospital, namun Trump masih perlu menjalani rawatan di White House dan doktor yang merawat beliau memberitahu bahawa presiden itu masih belum pulih sepenuhnya.

Malah, kepulangan Trump ke White House turut menimbulkan kritikan ekoran tindakan beliau boleh memberi risiko kepada pegawai-pegawai lain untuk dijangkiti.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain diperdagangkan positif pada 93.51.
Antara matawang yang mempamerkan penurunan paling ketara adalah dolar Aussie setelah Reserve Bank of Australia (RBA) memberi indikasi untuk melaksanakan pelonggaran monetari selanjutnya untuk menyokong ekonomi.

Ini menguatkan lagi jangkaan penganalisis bahawa bank pusat akan mengurangkan kadar faedah ke tahap terendah baru 0.10% pada mesyuarat polisi bulan depan.

Matawang euro yang pada awalnya berjaya menembusi paras harga 1.1800 berbanding USD pada pembukaan sesi Eropah, kembali menyusut berikutan sentimen pasaran yang bertukar suram.

Sementara itu, dagangan pound terus mengekalkan momentum pengukuhannya setelah meningkat ke paras ketinggian 3 minggu, didorong oleh keyakinan terhadap rundingan dagang UK dan Kesatuan Eropah (EU).

Tumpuan pasaran kini tertumpu kepada Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell yang akan bercakap mengenai prospek ekonomi pada hari ini. Powell berkemungkinan akan mengulangi komitmen bank untuk kadar faedah yang rendah, tetapi tidak menjanjikan untuk meningkatkan pembelian bon dalam waktu terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat