Ingin Baiki Hubungan Perdagangan – Amerika Syarikat Tawarkan Peluang Kepada UK!

250

Amerika Syarikat menyatakan bahawa pihak mereka bersetuju untuk menggantungkan empat bulan tarif pembalasan yang dikenakan ke atas barang-barang Britain seperti wiski Scotch dalam jangka masa panjang. Kedua-dua pihak ambil inisiatif ini untuk menyelesaikan perselisihan itu.

Pentadbiran A.S. di bawah presiden Donald Trump telah mengenakan tarif kepada pelbagai barangan seperti wain dan minuman keras dari Kesatuan Eropah termasuk wiski Scotch.

Dalam salah satu kenyataan, UK dan Amerika Syarikat melakukan penangguhan tarif empat bulan bagi meringankan beban industri dan mengambil langkah ini untuk menyelesaikan perselisihan.

Dengan inisiatif ini, ia akan memberi ruang untuk melakukan perundingan bagi merapatkan jurang yang ada. Pasaran berharap Britain dan Amerika Syarikat dapat mencapai kesepakatan perdagangan sebelum Julai ini.

Matawang US dolar terus mengukuh sebanyak 0.30% kepada paras tukaran 91.220. Matawang GBP pula kembali kukuh kepada paras tukaran 1.3979 setakat jam 11.20 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat