Ini 2 Faktor Yang Boleh Dorong USD/CAD Teruskan Kenaikan Lebih Tinggi

78

Kenapa penganalisis pasaran menjangkakan bahawa harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD bakal membuat kenaikan semula?

Terdapat 2 faktor yang dilihat bakal mempengaruhi situasi tersebut.

Pertama, jangkaan untuk pengukuhan semula US dolar setelah isyarat awal pada sesi New York semalam, berkemungkinan tumpuan pelabur sudah mula terarah kembali kepada langkah pengetatan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed).

Kedua, risiko untuk penyusutan nilai dolar Kanada yang dipengaruhi oleh pasaran minyak mentah disebabkan komoditi tersebut merupakan eksport utama Kanada.

Berdasarkan laporan terbaru, penurunan pada harga minyak dalam pasaran ketika tindakan Presiden AS Joe Biden yang ingin menurunkan kos bahan api dilihat telah mula menjadi perhatian para pelabur.

Oleh itu, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD pada sesi Asia pagi ini kembali memaparkan kenaikan semula menunjukkan dolar Kanada bergerak lemah berbanding US dolar.

Sebelum ini, harga dilihat menunjukkan penyusutan sejak dagangan awal minggu dibuka menuju sehingga ke zon sokongan harga sekitar 1.29000 selepas kenaikan harga pada penghujung minggu lalu telah mencapai ketinggian sekitar 1.30800.

Berkemungkinan trend bullish harga dagangan minggu sebelum ini akan bersambung semula selepas kenaikan harga dilihat kembali semula melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD.

Sekiranya kenaikan harga diteruskan di atas paras 1.30000, harga berpotensi untuk mengatasi ketinggian pada minggu lalu untuk menguji zon rintangan 1.31000.

Melepasi kenaikan di atas paras 1.31000 akan merekodkan paras tertinggi terbaru 2 tahun setelah turut mengatasi ketinggian dicapai pada bulan lalu.

Namun, waspada sekiranya harga terus menjunam lebih rendah menuju ke penghujung minggu ini dengan paras sokongan 1.29000 bakal menjadi tumpuan diuji sekali lagi.

Penurunan lebih rendah di bawah zon 1.29000 akan memberi petunjuk untuk pergerakan bearish harga dengan sasaran kejatuhan harga boleh mencecah sehingga sekitar 1.27300 atau lebih rendah pada zon 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat