Ini 3 Berita Utama Yang Jadi Pemacu Sentimen Pada Hari Ini!

230

Pada hari ini secara ringkasnya dapat dikatakan bahawa empat isu utama ini telah menjadi tumpuan pasaran.

1. Perletakan Jawatan Jeff Bezos.

Pada hari ini, pengasas Amazon, Jeff Bezos mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa pada separuh kedua tahun ini.

Menurut Bezos tindakan tersebut dilakukan agar beliau mempunyai lebihan masa untuk memberi tumpuan pada agenda lain. Beliau telah memilih Andy Jassy, merupakan orang penting yang telah bersama Amazon sejak 1997 untuk menggantikan posisi beliau.

Pengumuman itu telah menghantar saham Amazon jatuh 0.1% sebelum pembukaan pasaran.

2. Kembalinya Mario Draghi.

Presiden Sergio Mattarella mengatakan bahawa beliau mahu membentuk kerajaan yang bukan bersifat politik di Itali, dalam fasa pandemik ini. Walaupun tiada rincian mengenai siapakah yang akan dipilih sebagai orang kanan beliau. Namun laporan terkini melaporkan bahawa bekas presiden bank pusat Eropah, Mario Draghi telah dipelawa untuk posisi tersebut.

3. Laporan pekerjaan ADP

Amerika Syarikat telah mengenakan langkah lockdown pada akhir tahun 2020 dan diteruskan pada bulan Januari. Walaubagaimanapun data telah menunjukkan peningkatan dalam pasaran buruh. Pasaran menjangkakan ekonomi akan menambah lebih banyak pekerjaan pada bulan Januari.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat