Ini 3 Faktor Yang Dapat Mendorong Harga BTC Melepasi Harga $40,000!

1,655

Para pelombong Bitcoin telah mula mengumpulkan BTC dengan hashrate rangkaian Bitcoin kembali melonjak naik.. Pengumpulan BTC para pelombong dilihat sebagai sentimen yang dapat mendorong peningkatan harga. Kejatuhan kadar pemindahan pegangan Bitcoin mereka ke pertukaran kripto datang tepat pada waktunya.

Pada hari ini harga Bitcoin telah diperdagangkan kepada paras harga $39,231 dengan paras rintangan $ 40,000. Pasaran berpendapat harga dapat melepasi paras rintangan $ 40 ribu dapat membantu menguji semula $45 ribu tidak lama lagi.

Kemerosotan pasaran pada minggu kedua bulan Mei menyaksikan harga bitcoin menyusut 50% dari paras tertinggi sepanjang masa kepada paras harga $30,000. Kejatuhan harga disebabkan pasaran dihujani oleh beberapa berita FUD yang menyebabkan panik dan mendorong penjualan.

Sentimen pasaran juga kembali pulih kerana didorong oleh berita bahawa pelombong BTC Amerika Utara sedang berusaha menuju kepada perlombongan alternatif yang lebih mesra alam. Dalam masa yang sama hashrate rangkaian Bitcoin juga telah kembali kepada tahap sebelum berlakunya FUD.

Selain itu, beberapa institusi seperti Wisdom Tree melancarkan Bitcoin ETP di Eropah dan Paxful melancarkan penyelesaian pembayaran Bitcoin yang bersifat komersial dalam bentuk Paxful Pay-E. Google juga menarik kembali larangan pengiklanan kripto semalam. Ini membawa maksud syarikat pertukaran kripto dan penyedia perkhidmatan boleh mengiklankan kripto di Google. Semua faktor ini dinilai sebagai sentimen yang positif diperlukan buat masa ini.

Walaupun begitu harus diingatkan bahawa pergerakan harga BTC juga mempunyai kemungkinan untuk jatuh, antaranya kekurangan sokongan dari sudut ‘volume’. BTC setakat penulisan didagangkan pada harga $38,589.62 seunit.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat